About Tutorials Fanfic Follow Home

Friday, July 5, 2013

Memories: 12/04



❝If it makes you happy, do it. If it doesn't, then don't. 


Assalamualaikum.

Ok. Entri ni di-transfer dari blog lama. Jadi aku copy-paste je entri ni dari blog lama. Hohohoho~ Malas nak taip baru. 

Kem ni bernama Kem Pendidikan Luar SMK Pengkalan & SMK Sungai Manik. Pada mulanya aku tak tahu pun dekat mana kem ni berlangsung. Sampai la bas yang bawak aku tu masuk dekat kawasan perkhemahan tu, barulah aku tahu kat mana kem tu berlaku. Heee. Almaklumlah, beberapa hari sebelum kem tu diadakan aku ada perlawanan bola jaring peringkat apa ntah. Jadi aku pun 'lost' entah kemana. Tup tup.. Orang lain cakap yang kem diadakan satu minggu dengan perlawanan bola jaring tu. Aku dengan tak prepare apa apa pun, terus angkut baju pergi kem tu. Hahahhaa. "Ada rupa macam nak lari dari rumah tak? Siap angkut baju bagai.." *angkat kening double-jerk*

Kem ni diadakan selama 3 hari 2 malam di SMK Sungai Beluru, Kuala Kangsar. Bermula pada petang Jumaat [12/ 04/ 2013] sampai la tengah hari Ahad [14/ 04/ 2013]. Dekat sana, duduk dalam khemah woo.. Berkuap panasnya aku. Hahaha. Well. Aku kan dah selalu sangat tidur dalam air-cond. Sekali dapat tidur dalam khemah, ada rupa macam cacing kepanasan. Disebabkan mata dah berat, nak tak nak tidur jelaa dalam khemah tu yang dalam keadaan panas tu. Satu khemah 4 orang. Aku sekhemah dengan Syasya, Wani dan Balqis. Sebelah khemah aku ialah khemah Una, Fai, Jiha dan Qia. Duduk sebelah menyebelah. Kalau nak sembang bersama tapi malas nak keluar khemah, main cakap kuat jela. Tambah satu lagi oktaf dari volume percakapan biasa. Hahaha..

Banyak aktiviti best yang diadakan. Antaranya flying fox, berbasikal, panjat macam Tarzan, main tayar dan main treasure hunt. K. Kebanyakan nama aktivit tu aku hentam kormo je sebab aku lupa nama aktiviti tu sebenarnya. Hahahaha.. Aku paling suka flying fox. Walaupun takde la beberapa nak ekstremnya, tapi tu pertama kali aku ber-flying fox. So, quite excited mehh.. Semua aktiviti ni diadakan pada hari kedua kem. Lepas dah habis buat semua aktiviti tu, petangnya kami semua kena masak ayam BBQ. Fuyooo.. Disebabkan tahun lepas aku dah pernah 'urus ayam'. Bagi peluang dekat orang yang tak pernah uruskan ayam. Jadi dekat kem tu aku dan kawan-kawan yang lain buat roti lilit. Sebenarnya, aku tak join pun buat roti lilit tu. Aku setakat pencari kayu buluh dan tukang hantar roti lilit tu ke tempat memasak. Selebihnya aku duduk usung bawak DSLR aku sambil makan lolipop dan jalan-jalan. Hahaha.. Ooyeah! Disebabkan dekat sana musim hujan, jadi aktiviti berkayak tak dapat nak dilakukan. K. Quite terkilan la aku. Huhuhuhu..

Dekat sana aku dapat banyak kawan baru. K. 'Kawan baru' dari sekolah Sungai Manik tu. Tapi kebanyakannya lelaki la. Sebab.. Well. Tahu jelaa aku ni jenis macam mana. Nak rapat dengan perempuan memang payah. Perangai aku yang buruk rupa jantan memang kamcing la dengan lelaki dekat sana. Hahahaha.. Aku sebenarnya bukan rapat sangat dengan mereka. Tapi disebabkan pada masa tuh aku seorang je yang bawak DSLR, jadi budak sekolah SIGMA tu suka interframe dalam DSLR aku sampai boleh dibuat kawan. Hehehe.. 

Ha.. Pengawas sekolah aku yang pergi majoritinya yang pergi banyak form 3, form 4 ada 8 perempuan termasuk aku dan 2 orang lelaki. Selebihnya form-form lain beberapa kerat je. Jangan ingat budak form 4 sikit, kami ni pendiam. Silap la. Dekat sana, kami la yang paling bising antara yang terbising. Perghh.. Siap ada nama kumpulan lagi. Ni semua idea Una la.. Aku pun join sekaki je dengan idea Una tu. Nama kumpulan tu ialah The Buluz. Agak 'famous' jugak la dengan kumpulan The Buluz ni. Sampai 'kawan baru lelaki SIGMA' boleh kenal seorang seorang dengan ahli The Buluz. Hahaha..

Hari terakhir kami semua pergi Muzium Kuala Kangsar dan Muzium apa ntah yang ada dekat sana yang berwarna kuning tu. Pergi muzium sana berhajat nak tengok barang-barang 'Ayahnda'. Fuhh. Berminat sungguh dengan jam-jam dekat sana. Berlip lap bagai. Dah la aku ni jenis yang suka tengok jam. "Masa itu Emas". Kekekek.. Semenjak pergi kem ni, aku banyak guna bahasa istana dengan The Buluz. Siap ada panggilan istimewa untuk seseorang lagi. Contohnya, 'Ayahnda', 'Abangnda', 'Suaminda' dan 'Unclenda'. Ok. Semua tu merapu je lebih.

Pagi masa hari terakhir tu, sebelum pergi muzium apa ntah tu, subuh-subuh hari dah hujan lebat campur kilat. Dah laa masa tu semua sibuk bersiap nak menunaikan solat subuh termasuklah aku. Masa hujan lebat tu, aku dan beberapa kawan yang lain terperangkap dalam tandas. Perghh.. Dengan kilat sambar menyambarnya, aku berdoa je. Dah la aku ni jenis yang takut kilat. Allah~ Tuhan sahaja tahu bagaimana perasaan takut aku tu. Dengan dalam khemah tu, DSLR aku tak letak dalam beg lagi. Risau je aku dengan camera aku. Kot kot masuk air ke kat dalam DSLR aku. Nasib baik la Syasya dan Wani yang keluar awal dari tandas sebelum 'adegan' kilat sambar-menyambar tu, sempat letak camera aku dalam beg aku. Fuhh! Selamat camera aku. Pelatih-pelatih dekat sana selamatkan kami semua yang terperangkap ni ke bilik-bilik tidur mereka. Tunggu sampai azan Subuh berkumandang, lepastuh kami solat sama-sama dalam keadaaan hujan yang dah reda.


















Sayonara.

2 comments:

  1. student SMK Pengkalan ke? My school dr form 1 till form4 before masuk teknik brash. heee

    ReplyDelete