About Tutorials Fanfic Follow Home

Thursday, December 12, 2013

Wedding: 12/12




Assalamualaikum.

Entri kali ni, banyak post gambar kahwin. Ok. Bukan aku yang kahwin. Aku kahwin? Sorry not too sorry. Takmo kahwin! *mata ke atas, tangan dalam poket* Tapi Cikgu Chemistry aku yang kahwin. Okcan, by the way ni first time aku pergi wedding event cikgu sendiri walaupun selama ni ada je cikgu-cikgu aku kahwin dan ajak sekelas, tapi nak buat camne aku takde rezeki nak pergi kenduri tu semua. So.. Kinda excited, tengok cikgu sendiri naik atas pelamin! lol.

Memandangkan tadi aku bawak sekali, Mr. Pho aku pergi kenduri cikgu, jadi aku 'gunakan' la dia. Gila kau, aku nak tinggalkan Mr. Pho seorang diri dekat rumah..! Kemana sahaja aku pergi, harus bawa sekali Mr. Pho kalau tidak dia merajuk. Wuu~ Ehemm. Mr. Pho tu kamera kesayangan waa dohh. Eh, jap. Sebenarnya aku dah lupa nama dia Mr. Pho ke Mr. Nick yang pernah aku bagi nama dekat dia dulu. lol. Hm. Guna Mr. Nick la baru havoc! Ok, lari ayat. 

Aku acah-acah macam jadi photographer untuk wedding cikgu aku. lol. Walaupun dah lama menyimpan hasrat nak bekerja jadi freelancer photographer, tapi apakan daya.. Umur tak cukup lagi nak kerja. Karang dapat project photography jejauh, ibu bapa aku risau pula anything happen dekat aku. So.. Aku takde la kerja. Kena tunggu lepas habis SPM baru boleh kerja, cari duit sendiri. By the way, aku cemburu tengok kawan aku yang sebaya aku dah bekerja part-time jadi freelancer photographer. Jelly tahu idok... Ok, jadi aku tangkap gambar cikgu bebanyak. Huuu.

Dan part yang paling best, setiap kali aku tangkap gambar cikgu, cikgu pandang kamera aku. Ok. "Mr. Nick, sila bangga kerana ada orang nak menghadap kau." lol. Disebabkan tadi aku kena balik cepat, jadi ada la sikit gambar yang dapat aku tangkap. Gambar yang aku post dekat entri ni, hanya untuk sesuka. Gambar yang aku rasa macam boleh menggangu privasi cikgu aku, tidak aku post dekat sini. Biarlah gamabr-gambar tu tersimpan dalam folder laptop aku.



Design pelamin. Cantik okay, warna pink campur ungu sikit campur biru dan putih.


Cikgu duduk atas pelamin.


Antara hantaran buat pengantin lelaki.


Pengantin perempuan tengah text someone. lol.


Kasut untuk pengantin perempuan bersama sejambak bunga.


Sejambak bunga lagi.


Design bunga telur. Aku suka bentuk bunga tu tapi aku lupa nama bunga tu. Hmm.


Pengapit pengantin lelaki tu tengok payung la. Wuu~


Tengok! Cikgu Chemistry waa pandang kamera waa doh~


Dua hati bersatu. Begitu juga dengan dua kaki payung yang sedang berehat di tangga. lol.


Ucapan untuk cikgu cantik ;
"Dear cikgu. Walaupun saya tahu cikgu tak baca blog saya dan ucapan ni, tapi saya tetap juga nak taip ucapan tahniah untuk cikgu. Hehe. Tahniah cikgu kerana cikgu telah menjadi seorang 'Puan' dan seorang 'Isteri'. Moga cikgu dapat baby-baby comel nanti. Wee~ Maaflah sebab hadiah yang saya dan Balqis bagi takde la mahal mana. Hehe. Dan akhir sekali, semoga tali ikatan ini akan kekal ke Jannah. Amin."


Sayonara.

No comments:

Post a Comment