About Tutorials Fanfic Follow Home

Thursday, October 24, 2013

Memories: 22/10


Kejujuran tidak perlu dilaungkan. Ia dirasai oleh hati yang penuh kasih sayang.❞

Assalamualaikum.

Ok. Entri ni banyak gambar je. Ceritanya takde yang nak dikongsikan. Ini pun sebab members desak nak gambar-gambar ni. Nak tak nak update je la dekat blog, malas nak upload dekat facebook. Buat semak je.. Tu pun members dah bagi kata putus, "Tak nak upload dekat blog, upload dekat wechat. Semua gambar!" Nak upload dekat wechat lagi la aku malas tahap gaban.

Ini semua gambar semasa Jamuan Akhir Pengawas 2013 pada 22 Oktober di Hotel Syuen, depan Parkson Ipoh. Ok. Hari tu pelajar tingkatan 4 ada papers lagi, tapi nasib baik la satu paper je hari tu, Kertas Sejarah 3. Lepas habis jawab Sejarah Kertas 3, pengawas tingkatan 4 (aku leteww..) terus bergerak ke hotel.

Macam biasa, naik bas tetap nak duduk dekat dengan members sekalian. Mana boleh berpisah. "Kami buddies, takkan terpisah. Kamceng bersama." lol. Sampai sana semua perut dah berbunyi. Lapar sebab tak breakfast, simpan perut untuk jamuan lunch ni.

Lepas makan, biasalah perempuan kan.. Asyik nak selca je kerjanya. "Tidak termasuk aku, okay. Aku tak suka selca. Tapi members aku desak jugak suruh aku join camwhore tu." Jadi aku dan members lain keluar dari restoran hotel tu merayap cari port lawa nak snap the memories. Hmm, banyak masa dibuangkan untuk snap the memories je. Lepas tu ketawa tak ingat dunia. lol. Kebetulan pula dekat hotel, masa tu ada pameran lukisan dan penulisan. "Aku tak nak cerita pasal pameran tu dekat entri ni. Insya Allah untuk entri seterusnya, aku cerita pasal pameran lukisan tu."

Dah habis waktu lunch, pengawas sekalian balik semula ke sekolah. Sama macam semasa pergi, aku dan members lain duduk sama-sama. Kamceng together la katakoo.. Ooyeah! Btw, tahun ni aku tak ada luck. Sobs. Tidak cukup bertuah untuk memenangi lucky draw. Tsk! Members aku cakap, yang menang lucky draw tu kebanyakannya ambil ais kacang dulu sebelum menang. lol. Entah apa-apa je. Takde kena-mengena langsung .__. Dan members aku namakan peristiwa tu sebagai, 'Sumpahan Ais Kacang'. lol. 

























Gambar yang terpilih je ada dalam blog ni. Derp face, mohon tak dibenarkan ada dalam blog ni. Sekian.
Sayonara.